jaritaip87.blogspot.com

jaritaip87.blogspot.com

Monday, January 20, 2014

Jauh Sudah Azizi Af 1


JAUH SUDAH by Azizi AF 1 


Lirik lagu Jauh Sudah by Azizi AF1

Jauh sudah aku melangkah kaki,
Menuju jalan ujian dariMU
Melepaskan semua yang ada yang diberikan padaku

Kau berikan aku sakit yang x menentu,
Tiada yang tahu, tiada yang mengerti
Apa yang kurasa, hanya sekasih cinta Kau padaku

Ya Allah lindungi hidupku,
Aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
Jauhi aku dari Kesesatan


Tadaaaa.. untuk entry kali ni, JariTaip menghidangkan anda sebuah lagu yang pasti ramai yang tidak menyangka ia dinyanyikan bekas pelajar Azizi AF1.  Masakan tidak, dah lama JariTaip tidak mendengar berita mengenai Azizi AF1, terus terang, pada pertama kali JariTaip mendengar lagu tersebut, JariTaip betul-betul tidak menyangka bahawa empunya lagu tersebut adalah Azizi AF1, lirik lagu dan susunan iramanya yang sedap didengar di corong telinga kita.  Apa-apapun JariTaip ingin mengucapkan tahniah kepada Azizi AF1 telah comeback with d very2 nice song yang bercirikan ketuhanan.

Thumbs up untuk Azizi AF1. JariTaip mmg suke lagu ni.. liriknya yang boleh membuatkan kita berhenti sejenak dan muhasabah diri.  Buat readers semua, JariTaip harap anda suke n enjoy dengan entri kali ni yerk.  In shaa Allah, kita akan jumpe lagi pada entri akan datang Adioos Amigoos =D

=== FIN 21.12.2014 by JariTaip87===

*p/s: harini bday adik bongsu the only one adik llki JariTaip87 =D

Wednesday, January 8, 2014

Storia Della Mia Vita 2013



Storia Della Mia Vita 2013
(Kisah Kehidupanku 2013)


Hye to all readers, hmm macam lawak je nak upload post mengenai my story life 2013 yela, harini dah masuk 8 January 2014, baru si JariTaip terhegeh-hegeh up post mengenai 2013.  Lambaat ceritaaa.. Tapi tak mengapalah, mungkin agak terlambat untuk up post tapi tidak terlambat untuk JariTaip share kan?

Owrite, tahun 2013, starting with early 2013, what im doing that time?? hmmm (thinking) hmm.. meneruskan kehidupan seperti biasa, mempertingkatkan lagi usaha dalam mencari rezeki lebih-lebih pada masa tu, semangat ku untuk mencari rezeki demi memcapai harapanku dengan seseorang terlaksana.  Niat di hati target end of 2013 ku ingin bertunang or married if ada rezeki.  Pelbagai usaha termasuk jualan online ku lakukan demi mencapai target ku. Pada bulan januari 2013 juga ku dan family sambut bday my mom & my younger brother (the only one adik kesayangan) hal ini kerana, tarikh mereka berdua berada di bulan yang sama, so kami sambut sekali. Terus terang, family ku lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti makanan.  Nyummeh!!! hehe..

Okay masuk pertengahan 2013, kami satu keluarga bercuti di kota MELAKA.  Seronok memang seronok.  Tak kisahlah maybe ada yang cakap "elehhh.. melaka je... bukan paris pun".. Bagi diriku tak kisah apa orang nak ckp.  But the most IMPORTANT for me is Quality Time that we spent with our family.  Yela, kite perlu menghargai setiap moment bersama keluarga lebih2 lagi diriku yang masih belum berkahwin ini.  Sebab bagi diriku, aku tidak tau sampai bila aku akan hidup bersama mereka semua walaupun tempat percutian yang dituju yang kami sekeluarga pergi tak la semewah mana.  Tapi apa yang penting adalah keluargaku.

Menginjak bulan ogos menuju akhir tahun 2013, pada penghujung ogos, iaitu masa raya kami membuat sedikit kenduri doa selamat sempena ulang tahun perkahwinan kedua orang tua ku, kenduri tersebut merangkap kepada Open House.. Huuhhh.. penat?? jangan ckp la.. nak tercabut pinggang ni rasanya, yelah, adik beradik ku tidak ramai, and setiap kali ada majlis makan-makan kat umah, aku adalah orang kuat yang rapat yang diperlukan oleh ibuku.(bukan nak puji diri sendiri) tapi itulah hakikatnya.  Seronok, dapat jumpa ramai sanak saudara, jiran tetangga walaupun mana yang dah pindah, kami tetap jemput.  Yela ikatan silaturahim kene jaga juga.  Apa-apapun ku bahagia and happy what im doing that time.

Masuk ke penghujung bulan september 2013, sesuatu yang tidak kusangka berlaku.  Hubungan diriku dengan si dia, putus tengah jalan tanpa ada sebarang alasan yang kukuh.  Sakitnya bukan kepalang, hancurnya sehancur2nya hati ini, apabila kepercayaan yang dibina selama 4 tahun punah macam tu sahaja bersama harapan yang telah mengunung yang sedang untuk di capai. Aku tidak mudah menyerah, aku cuba untuk selamatkan hubungan tersebut, tapi apakan daya, usahaku ini, seperti membuat diriku seperti pengemis yang yang menagih kepada yang tidak sudi lagi. Ku bangkit perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang bertatih, dimana, kadang-kadang ku jatuh di dalam kekecewaan ku dan bangkit semula meneruskan perjalanan.  Alhamdulillah dalam masa ku bangkit n move on, hadir seorang sahabat yang selalu sudi menjadi pendengar setia luahan jiwa kacauku (walaupun kadang-kadang aku takut dia naik bosan), seorang sahabat yang sentiasa bagi kata-kata yang positif supaya ku tetap kuat mengharungi cabaran ini.  Bulan october sehingga pertengahan disember 2013 adalah bulan jiwa konflik ku.  Alhamdulillah, semakin hari, semakin aku dapat terima dengan redha, terima hakikat bahawa, sebagus mana pun diri kita, jika yang maha kuasa sudah tentukan dia bukan milik kita, kita perlu menerima ia walaupun kelat untuk kita telan.  Inilah pengalaman dan pengajaran hidup yang amat berguna untuk diriku buat bekalan.  Apa jua yang berlaku, kita perlu muhasabah diri kita, kembali pada yang SATU.  In shaa allah, semua yang berlaku ada hikmahnya.

Alhamdulillah, sekarang diriku semakin baik, jiwa dan juga hatiku, sikit demi sedikit diubati supaya ia terus sihat.  Tahun 2014 adalah tahun baru buat diriku untuk cari kembali apa yang telah hilang dalam diri ini.  Tahun 2014 adalah tahun untuk diriku memperbaiki apa yang telah aku alpa selama ini.  Tahun 2014 adalah tahun untuk diriku lebih berbakti kepada kedua orang tua ku.  Tahun 2014 adalah Tahun kehidupan baruku sebagai SINGLE..  In shaa allah, aku akan menanti jodohku datang yang telah ditetapkan oleh-NYA untukku, jadi aku akan menanti saat itu.  Siapakah Mr.Husband itu?? aku tunggu sajalah. Amiin.

Okayla sampai sini saja cerita JariTaip87 untuk post kali ini.  Owh ya, mengenai cerpen tu, actually, draft yang telah ku buat, aku xtau kat mana aku save, cari-cari x jumpa, masih berusaha untuk cari lam email.  In shaa Allah soon i will post out my cerpen/mini novel k.

So kepada readers JariTaip87, JariTaip ingin wish you good luck, semangat dan terus semangat dan selamat mencapai apa yang dihajati untuk tahun 2014.  Adiooosss amigos!! 


------ Fin 2013 by JariTaip87 ------