jaritaip87.blogspot.com

jaritaip87.blogspot.com

Friday, January 22, 2016

Hello 2016, Welcome to New Environment, Welcome to New Life and Welcome to New Status


Assallamualaikum to all  bloggers readers, JariTaip87 are back... After almost 2 years i have stopped from what im started on 2014, im decided to begin back from what i has been started.. 

Sorry if my entry this time sound like "hangat2 taik ayam," (one of malay pharse), but atleast i try to begin back on what i started do previously..

Maybe some of the my blog readers feel wondering where i was missing in this almost 2 years.. (Sorry if my english not good & sound terrible). Actually i was go no where, i was buzy in gaining my career, i was damnly struggle to find better job, to gain my career.. Alhamdulillah, right now i got what i want..  

To all my lovely blog reader, maybe before you read this entry you may read my previous  2 years ago written.. Where on that time i was in broken hearted, struggling to cure my heart and gain to be more better person.. Alhamdullillah one of my pray in my previous entry was fulfill, and the Almighthy was heard my pray... Alhamdulillah im the end of 2015 i was be a Wife to someone guy called Husband.. hehehehe... 

Well, Allah s.w.t has been plan a very nice path to each HIS khalifah... Alhamdulillah... So to all my readers, don't feel give up on what thing that you has been face, keep on fighthing to keep move on no matter how hard you feel.. Keep on pray, and keep on strong... In sha allah, on GOD will you will find a truly gunine happiness... keep on smiling okay... Nite dear, i think it enough for this time entry.. Stay tune for the next my written okay... Fin.. JariTaip87

Tuesday, February 18, 2014

BANGKIT 2014


2014 TAHUN BANGKIT DARI KEJATUHAN, KESEDIHAN


Sudah baca quotes motivasi di atas?? Sengaja JariTaip share.. Siapa tidak kenal dengan Dr.Azizan Osman, Seorang Multimilionnaire yang bangkit dan terus bangkit sehingga dia mengecapi apa yang dia ada sekarang.

Untuk pengetahuan semua, Cik JariTaip berpeluang mengikuti seminar Bangkit 2014 di Johor Bahru pada 15 Februari 2014 lepas.  Masyaallah.. CikJariTaip menyeru especially kepada anak-anak muda, curi la peluang untuk menghadiri seminar beliau, In shaa Allah, ia amat bermanfaat untuk anda.  Sebelum CikJariTaip menghakhiri sharing-sharing pada entry ni, CikJariTaip ingin mempersembahkan sedikit nukilan:

"In shaa Allah, selagi kudratku masih mampu berusaha, aku akan berusaha, selagi akal masih boleh diperah, ku akan perah.. Ku kan terus berusaha.. Segala dugaan yang datang akan ku tempuh..  Segala kesedihan yang menimpa biarkan ia berlalu pergi.. Allahuakbar.. Ku kan bangkit dan terus bangkit walaupun jika aku akn jatuh berkali-kali pada masa hadapan..  walaupun terpaksa merangkak kembali disaatku jatuh.. Aku akan terus BANGKIT..  Kerana hidupku adalah hidupku, aku yang bertanggunjawab terhadap hidupku.. Daku xkan biarkan diriku hancur dan tenggelam di dalam kesedihan dan terkubur dek kerana dugaan.. Ku kan jaga amanah hidupku ini.. Aku akan terus bangkit dan bangkit sehingga aku mencapai redha-NYA dan apa yang dihajati."  Nukilan CikJariTaip87


Monday, January 20, 2014

Jauh Sudah Azizi Af 1


JAUH SUDAH by Azizi AF 1 


Lirik lagu Jauh Sudah by Azizi AF1

Jauh sudah aku melangkah kaki,
Menuju jalan ujian dariMU
Melepaskan semua yang ada yang diberikan padaku

Kau berikan aku sakit yang x menentu,
Tiada yang tahu, tiada yang mengerti
Apa yang kurasa, hanya sekasih cinta Kau padaku

Ya Allah lindungi hidupku,
Aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
Jauhi aku dari Kesesatan


Tadaaaa.. untuk entry kali ni, JariTaip menghidangkan anda sebuah lagu yang pasti ramai yang tidak menyangka ia dinyanyikan bekas pelajar Azizi AF1.  Masakan tidak, dah lama JariTaip tidak mendengar berita mengenai Azizi AF1, terus terang, pada pertama kali JariTaip mendengar lagu tersebut, JariTaip betul-betul tidak menyangka bahawa empunya lagu tersebut adalah Azizi AF1, lirik lagu dan susunan iramanya yang sedap didengar di corong telinga kita.  Apa-apapun JariTaip ingin mengucapkan tahniah kepada Azizi AF1 telah comeback with d very2 nice song yang bercirikan ketuhanan.

Thumbs up untuk Azizi AF1. JariTaip mmg suke lagu ni.. liriknya yang boleh membuatkan kita berhenti sejenak dan muhasabah diri.  Buat readers semua, JariTaip harap anda suke n enjoy dengan entri kali ni yerk.  In shaa Allah, kita akan jumpe lagi pada entri akan datang Adioos Amigoos =D

=== FIN 21.12.2014 by JariTaip87===

*p/s: harini bday adik bongsu the only one adik llki JariTaip87 =D

Wednesday, January 8, 2014

Storia Della Mia Vita 2013



Storia Della Mia Vita 2013
(Kisah Kehidupanku 2013)


Hye to all readers, hmm macam lawak je nak upload post mengenai my story life 2013 yela, harini dah masuk 8 January 2014, baru si JariTaip terhegeh-hegeh up post mengenai 2013.  Lambaat ceritaaa.. Tapi tak mengapalah, mungkin agak terlambat untuk up post tapi tidak terlambat untuk JariTaip share kan?

Owrite, tahun 2013, starting with early 2013, what im doing that time?? hmmm (thinking) hmm.. meneruskan kehidupan seperti biasa, mempertingkatkan lagi usaha dalam mencari rezeki lebih-lebih pada masa tu, semangat ku untuk mencari rezeki demi memcapai harapanku dengan seseorang terlaksana.  Niat di hati target end of 2013 ku ingin bertunang or married if ada rezeki.  Pelbagai usaha termasuk jualan online ku lakukan demi mencapai target ku. Pada bulan januari 2013 juga ku dan family sambut bday my mom & my younger brother (the only one adik kesayangan) hal ini kerana, tarikh mereka berdua berada di bulan yang sama, so kami sambut sekali. Terus terang, family ku lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti makanan.  Nyummeh!!! hehe..

Okay masuk pertengahan 2013, kami satu keluarga bercuti di kota MELAKA.  Seronok memang seronok.  Tak kisahlah maybe ada yang cakap "elehhh.. melaka je... bukan paris pun".. Bagi diriku tak kisah apa orang nak ckp.  But the most IMPORTANT for me is Quality Time that we spent with our family.  Yela, kite perlu menghargai setiap moment bersama keluarga lebih2 lagi diriku yang masih belum berkahwin ini.  Sebab bagi diriku, aku tidak tau sampai bila aku akan hidup bersama mereka semua walaupun tempat percutian yang dituju yang kami sekeluarga pergi tak la semewah mana.  Tapi apa yang penting adalah keluargaku.

Menginjak bulan ogos menuju akhir tahun 2013, pada penghujung ogos, iaitu masa raya kami membuat sedikit kenduri doa selamat sempena ulang tahun perkahwinan kedua orang tua ku, kenduri tersebut merangkap kepada Open House.. Huuhhh.. penat?? jangan ckp la.. nak tercabut pinggang ni rasanya, yelah, adik beradik ku tidak ramai, and setiap kali ada majlis makan-makan kat umah, aku adalah orang kuat yang rapat yang diperlukan oleh ibuku.(bukan nak puji diri sendiri) tapi itulah hakikatnya.  Seronok, dapat jumpa ramai sanak saudara, jiran tetangga walaupun mana yang dah pindah, kami tetap jemput.  Yela ikatan silaturahim kene jaga juga.  Apa-apapun ku bahagia and happy what im doing that time.

Masuk ke penghujung bulan september 2013, sesuatu yang tidak kusangka berlaku.  Hubungan diriku dengan si dia, putus tengah jalan tanpa ada sebarang alasan yang kukuh.  Sakitnya bukan kepalang, hancurnya sehancur2nya hati ini, apabila kepercayaan yang dibina selama 4 tahun punah macam tu sahaja bersama harapan yang telah mengunung yang sedang untuk di capai. Aku tidak mudah menyerah, aku cuba untuk selamatkan hubungan tersebut, tapi apakan daya, usahaku ini, seperti membuat diriku seperti pengemis yang yang menagih kepada yang tidak sudi lagi. Ku bangkit perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang bertatih, dimana, kadang-kadang ku jatuh di dalam kekecewaan ku dan bangkit semula meneruskan perjalanan.  Alhamdulillah dalam masa ku bangkit n move on, hadir seorang sahabat yang selalu sudi menjadi pendengar setia luahan jiwa kacauku (walaupun kadang-kadang aku takut dia naik bosan), seorang sahabat yang sentiasa bagi kata-kata yang positif supaya ku tetap kuat mengharungi cabaran ini.  Bulan october sehingga pertengahan disember 2013 adalah bulan jiwa konflik ku.  Alhamdulillah, semakin hari, semakin aku dapat terima dengan redha, terima hakikat bahawa, sebagus mana pun diri kita, jika yang maha kuasa sudah tentukan dia bukan milik kita, kita perlu menerima ia walaupun kelat untuk kita telan.  Inilah pengalaman dan pengajaran hidup yang amat berguna untuk diriku buat bekalan.  Apa jua yang berlaku, kita perlu muhasabah diri kita, kembali pada yang SATU.  In shaa allah, semua yang berlaku ada hikmahnya.

Alhamdulillah, sekarang diriku semakin baik, jiwa dan juga hatiku, sikit demi sedikit diubati supaya ia terus sihat.  Tahun 2014 adalah tahun baru buat diriku untuk cari kembali apa yang telah hilang dalam diri ini.  Tahun 2014 adalah tahun untuk diriku memperbaiki apa yang telah aku alpa selama ini.  Tahun 2014 adalah tahun untuk diriku lebih berbakti kepada kedua orang tua ku.  Tahun 2014 adalah Tahun kehidupan baruku sebagai SINGLE..  In shaa allah, aku akan menanti jodohku datang yang telah ditetapkan oleh-NYA untukku, jadi aku akan menanti saat itu.  Siapakah Mr.Husband itu?? aku tunggu sajalah. Amiin.

Okayla sampai sini saja cerita JariTaip87 untuk post kali ini.  Owh ya, mengenai cerpen tu, actually, draft yang telah ku buat, aku xtau kat mana aku save, cari-cari x jumpa, masih berusaha untuk cari lam email.  In shaa Allah soon i will post out my cerpen/mini novel k.

So kepada readers JariTaip87, JariTaip ingin wish you good luck, semangat dan terus semangat dan selamat mencapai apa yang dihajati untuk tahun 2014.  Adiooosss amigos!! 


------ Fin 2013 by JariTaip87 ------

Sunday, December 29, 2013

Bait-Bait Lirik Afghan - Jodoh Pasti Bertemu





JODOH PASTI BERTEMU JIKA IA DITAKDIRKAN UNTUK KITA








Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu


Tatkala diri ini sedang terluka, diriku menghayati bait-bait lirik "Jodoh Pasti Bertemu" yang didendangkan oleh Afghan, alunan muziknya yang menenangkan jiwa yang sedang berduka.  Semakin hari ia semakin memberi diriku sesuatu akan makna.  Iaitu, ku harus melepaskan segalanya dengan penuh keikhlasan tanpa ada rasa marah dan dendam.

 Walaupun sebaik mana diri ini berjuang untuk hubungan itu, jika takdir telah menentukan si dia bukan milik kita, diri ini harus terima walaupun pahit yang teramat kelat terpaksa ku telan.  In shaa Allah, semua ini ada hikmahnya.  Kepada yang terluka di luar sana, jangan lah berputus asa, kembali kepada yang SATU.. Mohon kepadanya, mungkin nikmat ini di tarik sementara dari kita kerana, mungkin kita pernah lalai bersama-sama nikmat cinta yang telah diberikan kepada kita pada masa yg lepas.

Kembali merayu dan berdoa kepada-NYA, kerana sesungguhnya DIA merindukan tangisan dalam doa daripada kita.  Percayalah pada diri anda, anda mampu mengharunginya.  Ingat masih ada yang lain menyayangi kita.  Tanam azam ini dalam-dalam, semaikan ia dgn benih Istighfar dan suburkan ia dengan alunan doa kepada-NYA.


*****Nukilan JariTaip87*****

Thursday, December 26, 2013

Salam Ukhwah & Perkenalan


Assallamualaikum.

Salam perkenalan dari JariTaip87.  Siapa diriku? diriku adalah seorang wanita yang baru sahaja menginjak ke usia 26 tahun, belum berkahwin, anak ke-3 dari 4 orang adik beradik, ermm.. lagi, owh ya, gambar diriku?? hehehe.. klu gambar biarlah ia rahsia.  Mungkin agak terlambat untukku menjinakkan diri sebagai blogger tetapi masih tidak terlambat untuk memulakannya kan?? hmm.  Kenapa diriku terjebak di dalam dunia blogger??? kerana mungkin ingin berkongsi karya penulisanku atau cerita tentang diriku? hmm.. Owh atau , sebab diriku sekarang terjebak di dalam dunia blogger kerana ingin menhilangkan rasa kekecewaan yang sedang melanda diri ini.  Jadi diriku perlu bangkit untuk menghilangkan kekecewaan tersebut, I need something to refresh back my life with something new & that I missed before.  I hope this will shining my life back.  In shaa allah.

Okay sebenarnya mmg dlm diri ini ada minat utk berkarya dalam penulisan.  Pada peringkat awal diriku mula berkarya adalah semasa ku melanjutkan pengajian tinggi di salah sebuah IPTA di Sarawak.  Akan tetapi karya tersebut tergantung sampai sekarang.  Mungkin darah untuk berkarya di dalam diriku tidak terlalu kuat ketika itu.  Akan tetapi adakah sekarang ia sudah menjadi kuat?? hahaha.. aku pun tidak tahu.  Baikla kepada blogger reader lovers, i will start my karya soon..  Yela mana tau, boleh dijadikan drama seperti yang ada di kaca televisyen sekarang ni.  . 

 Owh ya, untuk pengetahuan semua, sekarang ni diriku tengah melayan cerita drama yang di adapatasi dari novel " Bukan Kerana Aku Tak Cinta" yang watak hero & heroin dia Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose..  Argh!! honestly im fall in love with this story.  Dalam hati nak je pegi MPH / POPULAR bookstore nak beli novel ni. Tapi xnak la, sbb nanti x suprise la pulak kan ending die.. hehe.. (tibe-tibe je selitkan topik ni dalam perkenalan)

Okayla, kepada warga reader blogger lovers, sampai di sini saja perkenalan kita okay.  In shaa allah my karya will be start soon.  Salam perkenalan semua dari JariTaip87 =D